Sekolahku Rumahku
Tuesday, 25 June 2013
Sekolahku Rumahku: Gotong Royong Perdana
Sekolahku Rumahku: Gotong Royong Perdana: GOTONG ROYONG PERDANA SK PONTIAN Amalan gotong-royong juga akan membolehkan kita menjimatkan masa dan tenaga. Sebagai contoh, j...
Gotong Royong Perdana
GOTONG ROYONG PERDANA SK PONTIAN
Amalan gotong-royong juga akan membolehkan kita menjimatkan masa dan tenaga. Sebagai contoh, jika kerja membersihkan dan menceriakan sesuatu kawasan sekolah, dilakukan oleh seorang pekerja, maka masa yang diperlukan mungkin selama beberapa minggu. Namun demikian jika ia dlakukan secara gotong-royong masa yang diperlukan hanyalah satu hari sahaja. Oleh itu, jelaslah bahawa program gotong-royong membolehkan kita menjimatkan masa dan tenaga.
Selain itu, amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan wang. Misalnya dalam hal menyediakan makanan semasa hari perkahwinan, dijalankan secara gotong-royong, pasti kita dapat menjimatkan wang. Tetapi, jika makanan tersebut ditempah daripada syarikat yang menyediakan makanan, belanja yang perlu dikeluarkan adalah lebih tinggi. Begitu juga dengan aktiviti kemasyarakatan yang lain seperti membina tempat menunggu bas kosnya akan lebih rendah jika dijalankan secara gotong-royong
Pada 29 Mei yang lalu SK Pontian telah menjalankan gotong royong Perdana anjuran unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Pada 29 Mei yang lalu SK Pontian telah menjalankan gotong royong Perdana anjuran unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
My Beautiful School
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Subscribe to:
Comments (Atom)


